Kami Perlukan Anda
IPCMC perlu ditubuhkan untuk memastikan kebertanggungjawaban dan ketelusan di kalangan polis. Ia juga boleh menjaga kebajikan pasukan polis
Kirimkan e-mel tekanan kepada MP anda untuk mendesak mereka menyokong penubuhan IPCMC
IPCMC akan memperbaikkan sistem kepolisan Malaysia
Kami perlukan anda
Kongsikan
Wujudkan kesedaran di media sosial, kongsikan dengan menggunakan hashtag #IPCMCNow
Hantarkan E-mel kepada Ahli Parlimen (MP) anda
Oleh kerana penubuhan IPCMC memerlukan proses parlimen, di mana rang undang-undang IPCMC perlu dibentangkan dan memerlukan sokongan majoriti Ahli Parlimen, kami memerlukan bantuan anda untuk menghantar e-mel tekanan kepada Ahli Parlimen anda, mendesak mereka untuk menyokong penubuhan IPCMC.
Hantar e-mail anda kepada:
Pilih kawasan pilihan raya anda dan klik pautan di bawah untuk hantar templat e-mel kepada MP anda.
Pilih kawasan pilihan raya:
Tajuk: Penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis Bebas (IPCMC).
Tuan / Puan,
Saya adalah anggota dan pengundi kawasan pilihan raya Tuan/Puan, meminta Tuan/Puan untuk mendesak pembentukan Suruhanjaya Pengaduan dan Salah Laku Polis Bebas (IPCMC).
IPCMC, sejak ia mula dicadangkan di dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2005, tidak pernah dilaksanakan. Walaupun setelah banyak konsultasi dan kajian yang dilakukan oleh Barisan Nasional, Pakatan Harapan, dan sekarang pemerintah Perikatan Nasional, mereka semua gagal menubuhkan suruhanjaya ini. 16 tahun kemudian, janji untuk menangani salah laku dan penyalahgunaan PDRM masih dimungkiri.
PDRM yang sebelum ini menentang IPCMC dengan tegas, mendakwa ia bertujuan meburukkan polis, sedangkan tujuan asal IPCMC adalah sebaliknya. IPCMC bukan sahaja menyiasat aduan dan salah laku tetapi juga melihat kebajikan dan standard operasi PDRM. IPCMC akan memastikan bahawa mangsa salah laku polis dan kekejaman tidak hanya diserahkan kepada siasatan dalaman polis – IPCMC memastikan ketelusan, pertanggungjawaban, dan yang paling penting, keadilan.
Sebagai wakil rakyat, Tuan/Puan mempunyai tanggungjawab untuk mendorong polisi yang akan meningkatkan kecekapan sistem kepolisian Malaysia. Oleh yang demikian, IPCMC akan meningkatkan sistem kepolisian kita dengan memantau kes-kes penyalahgunaan dan kematian dalam tahanan serta kebajikan dan operasi standard PDRM.
Kami berharap Tuan/Puan dapat membawa aspirasi kami untuk melihat sistem kepolisian yang lebih baik dan tidak ada kes penyalahgunaan dan kematian dalam tahanan.
Dengan ini, kami berterima kasih kepada khidmat Tuan/Puan kepada rakyat Malaysia.
Kempen #IPCMCNow
Gesaan untuk IPCMC lahir daripada idea untuk mendemokrasikan sistem kepolisian Malaysia.
Dengan membenarkan badan awam untuk menyiasat aduan dan salah laku, serta kebajikan dan operasi standard PDRM, IPCMC memastikan mangsa salah laku polis dan kekejaman tidak hanya diserahkan kepada siasatan sendiri oleh polis – IPCMC memastikan ketelusan, kebertanggungjawaban, dan yang penting sekali, keadilan.
IPCMC – Janji yang Dimungkari
Pada tahun 2004, kes penderaan polis telah menimbulkan kemarahan orang ramai.
Sebagai respon, sebuah suruhanjaya diraja dibentuk sebagai janji untuk penyelesaian – satu penyelidikan tentang bagaimana memperbaiki sistem kepolisian Malaysia. Laporan Suruhanjaya Diraja untuk Meningkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia dikeluarkan ditubuhkan tahun 2005, yang menggariskan cadangan yang merangkumi Suruhanjaya Pengaduan dan Salah Laku Polis Bebas (IPCMC).
Walaubagaimanapun, IPCMC tidak pernah dilaksanakan. PDRM dengan tegas dan konsisten menolak penubuhan IPCMC, dan mendakwa ia memburukkan imej polis. Walaupun setelah banyak sesi konsultasi dan kajian dilakukan oleh Barisan Nasional, Pakatan Harapan, dan Perikatan Nasional sekarang, mereka semua gagal menubuhkan suruhanjaya ini.
16 tahun kemudian, janji untuk menangani salah laku dan penyalahgunaan kuasa masih dimungkari.
IPCMC SEKARANG!